cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 30 December 2012

G00D BYE 2012 ~ WELCOME 2013.......

Assalamualaikum dan selamat menyambut tahun baru 2013 yg cuma tinggal dalam bbrp jam je lagi! hope korg sume akan mendapat semangat baru dan melakukan anjakan paradigma.. (ayat sastera)
dalam idop korg! yang paling penting, semoga dengan kedatangan tahun baru akan menjadikan korg lebih baik, lebih beriman dan lebih bertaqwa daripada tahun2 sebelum nie....

x sangka kan, tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. cepat betol masa berlalu. aq pown dh nak naik form 5 tapi perangai aq x mcm form 5 pown... ngee~ hhe! so, nk xnk aq kena la jadi matang cket kat skola. maklomla, senior besar!  haish, kalo dah naik form 5 maknanya SPM la kan? pergh... aq rase x bersedia lagi la.... hhu!  pastu ape lagi ek..... emm,, kalo dh form 5, maknanya tahun last skola la kan? hmm,, x tau la nak rase ape. happy ada, cdey ade, teruja ade, pokoknya macam rojak! sume ade. hhe... tapi aq xnk pk la pasal habis skola... tu cer taun depan!  



hmm,, so memandangkan tahun depan tahun yang penting, getir, cuak, dan sebagainya, aq mestilah prepare mental dan fizikal! dah xmau main2 lagi dah! always fokus dan fokus dan fokus~ hhe! so aq nak senaraikanlah antara azam2 tahun baru aq... InsyaAllah dapat buat..

antaranya ialah: 


1) jadi lebih baik
2) khatam quran
3) rajin mengulang 
4) rajin study
5) xwat owg sakit aty
6) always happy :D
7) buat sume yg di atas... hhe


harap la sume yang aq azam dapat dilaksanakan tapi manusia hanya merancang, Allah yang menentukan..... so, kita tgkla nnt ye...... 

hmm,, btw, i hope in 2013, aq x emo2 bagai cm tahun 2012 nie... hhu! bagi aq, tahun 2012 la yang paling banyak mencatat memori pahit dalam kamus hidop aq!  so harapnya tahun 2013 akan lebih ceria dan gembira!  

aq rase dh banyak plak aq tulis kali nie... maklumlah, dh lme x ypdate blog.... huhu! ok la der~ wish you all happy in 2013. no more cry okey! hhe..... see ya next time! assalamualaikum......

(last entry for 2012) :'(


insyaAllah SPM nnt... :D







Friday 26 October 2012

forgive & forget.....


assalamualaikum dan salam eidul adha...

kali nie aq bukannya nak post pasal eidul adha sebabnya aq rase korg sume dah sedia maklum tentang peristiwa kenapa, mengapa, bagaimana dan apa sebabnya kita sebgai umat islam menyambut perayaan ini!

kali nie aq nak post mengenai forgive & forget di mana dalam bahasa melayu disebut sebagai memaafkan dan melupakan. aq rase kebanyakan korg @ semua org pernah mengalami di mana hati  disakiti dan dilukai. x kisah la pakwe ke, makwe ke, kawan ke, yang wat kita rase benci teramat kat dorg di mana sikap dorg yang selalu menyakitkan hati kita sampai satu tahap yang kita memang 100% benci gler kat dye! persoalannya, bley ke kita, orang yang disakiti hatinya melupakan aje perbuatan dorg dan mengamalkan konsep forgive dan forget???

sebenarnya, dalam islam sendiri menganjurkan supaya memaafkan dan berlapang dada. ada hadis dan ayat al-quran yang menganjurkan supaya sentiasa memberi maaf dan berlapang dada.


"wahai uqbah,, mahukah engkau aq beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? iaitu, menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu"
(Hadis Riwayat Hakim)
Pemaaf adalah sikap suka memberi maaf terhadap kesalahan orang lain tanpa ada sedikit pun rasa benci dan dendam di hati. Sifat pemaaf adalah salah satu manifestasi daripada ketakwaan kepada Allah.
Sebagaimana firman-Nya,
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
(Ali Imran 3:133-134)
Islam mengajar umatnya untuk bersikap pemaaf dan suka memaafkan kesalahan orang lain tanpa menunggu permohonan maaf daripada orang yang berbuat salah kepadanya. Tidak ditemui satu ayat yang menganjurkan untuk meminta maaf, tetapi yang ada ialah perintah untuk memberi maaf.
Ada kalanya seseorang berbuat salah dan menyedari kesalahannya serta berniat untuk meminta maaf, namun ia terhalang oleh hambatan psikologi untuk menyampaikan permintaan maaf. Apatah lagi jika orang itu merasa status sosialnya lebih tinggi daripada orang yang akan diminta maafnya. Contohnya seorang pemimpin kepada orang yang dia pimpin, orang tua kepada anaknya, atau yang lebih tua kepada yang lebih muda. Barangkali, itulah salah satu hikmah kenapa Allah memerintahkan kita untuk memberi maaf sebelum diminta maaf itu.
Memberi maaf haruslah disertai dengan ketulusan hati dan berlapang dada, sehingga tidak tersisa rasa dendam atau keinginan untuk membalasnya. Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 22:
“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Berlapang dada dalam bahasa Arab disebut as-safhu yang secara etimologinya bererti lapang. Halaman pada buku dinamai safhah kerana kelapangan dan keluasannya. Dari sini as-safhu dapat diertikan sebagai kelapangan dada. Berjabat tangan dinamai musafahah, kerana melakukannya bererti berkelapangan dada.
Diibaratkan kita tersalah sewaktu menulis di sebuah lembaran kertas, kesalahan itu kita padam dengan alat pemadam. Dengan apapun kita menghapusnya, tentu akan meninggalkan kesan, bahkan barangkali kertas tersebut menjadi robek.
Justeru, supaya lebih bersih dan rapi, kertas yang terdapat kesalahan tulisan padanya itu diganti saja dengan lembaran yang baru. Memaafi diibaratkan menghapus kesalahan pada kertas, sedangkan berlapang dada diibaratkan mengganti lembaran kertas yang salah dengan lembaran yang baru.
hmm,, aq rase sampai sini je la kowt. aq ada banyak lagi kerja nak wat tambah-tambah lagi exam nak dekat. ok salam....  
(doakan aq agar dapat ,menjawab peperiksaan dengan cemerlang).....

Friday 5 October 2012

bahana mengumpat.........

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

harapnya sume sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T...

kali nie aq nak post something yang harapnya bila korang baca dapat memberikan korang kesedaran dan jadikan ianya sebagai pengajaran....





BAHANA MENGUMPAT

first of all, marilah kita sama2 mengetahui apa itu mengumpat sebenarnya.
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda baginda bermaksud “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan. Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya..Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.


WARNING! Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.


Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allahakan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis Riwayat Abu Daud)
 
 
 
Allah S.W.T juga berfirman :"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
 
alangkah kejinya mengumpat seperti diumpamakan sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati. oleh itu, perbuatan mengumpat ini hendaklah dijauhkan dan dielakkan sama sekali...
 
 
 p/s: mesti kowg pelik kan kenapa post aq kali nie macam alim cket? sebabnya adalah telah berlakunya ke atas aq sebuah insiden yang aq akan ingat sampai mati... something yang kalau aq kongsi kat sini pown aq xtau cmne nak tulis.... err,, just bayang pasal kejadian yang memalukan@mengaibkanla.... walaupown ada hikmahnya tapi skunk nie masih samar-samar lagi...
just think + rite? Allah is always with us! xkisah la aq jadi kambing hitam, asalkan sume dapat pengajaran daripada ape yang berlaku..

sekian,, wassalam.............


 
 
 
 
 
 

Saturday 22 September 2012

cuti sakit di rumah~

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepada pembaca semua.... cewah!


tak pasal2 timbul semangat patriotik pulak kan? ahaks!

hmm,, skunk nie dah masuk hari ketiga aq cuti kat rumah. memang best kowt. x sia-sia aq pergi klinik hari khamis lepas. aq pegi klinik pown sebab aq sakit gatal2 jew tapi terjumpa pulak penyakit lain. HYPERTENSION!  x sangka dalam usia semuda aq ada penyakit nie ek. tapi aq punye penyakit hypertension nie bkn macam yg owg tua2 kena ek. aq punya hypertension berlaku sebab aq kurang tido di samping x jaga pemakanan.. huhu... pasnie kena jaga makan la....

tapi kan, aq rase lega teramat dapat balik rumah coz ox aq ley meletup kalo stay lame2 kat asrama. dapat gak la ox aq rilex bila kat rumah. dahla macam2 masalah berlaku kat aq sejak jemenjak nie. terutama sekali pasal masalah kengkawan la. asyik berlaku salah faham, emo, merajuk dan berbagai-bagai lagi. dahla ada owg yang x puas aty ngan aq. sengaja je nak sketkan aty aq sejak dari isnin lepas. kalo x puas aty, gtaw je la kat aq pe yg dye x puas aty sangatt ngan aq. kita settle face to face la. nie x! asyik nak perli je.... 

besok dah kena blek asrama... xpuas lagi la dok rumah. baru nak layan cer korea. huhu.... sejak bila ntah aq minat cer korea pown aq x tau. yang penting, ROMANTIK doe! hehe.... tgk cer korea nie wat stress aq hilang. :D
selain tengok cite korea, aq kat rumah nie layan gak la anime. cerita feveret aq iaitu NARUTO & BLEACH. mmg syok la tgk dorg lawan sampai aq ley terrfikir 'alangkah bestnya kalo aq ada kuasa camtue gak'  haha.... tapi sume tue adalah fantasi. bukan realiti. 

sekarang nie aq dah tekad yang aq tetap akan wat ape yang aq dah tulis kat dalam 'buku nota' aq tue. aq xkan berubah hati or menyesal or tarik balik pe yang aq dah tekad nak wat. harap dengan kepulangan aq ke asrama esok hari akan membawa sinar baru dalam hidup aq... chaiyok!

ok la der~ nak layan cite korea.... next time aq akan tulis entry lagi keyh! sebelum mengakhiri post kali nie, aq nak menyampaikan 1 pesanan kepada seseorang.....


TO SOMEONE:  aq rase sekarang nie dah jelas sangatt la kan sape yang SOMBONG dan cpe yang dh BERUBAH. kalo ko masih nak menafikan dengan mengatakan aq yang sombong dan aq yg dh berubah, tue hak ko. tapi aq rase ko pown tau yang ko pown dh cam lain daripada awal2 kita kawan@rapat. perangai ko siyez aq cakap lain 100% daripada dulu. kalo ko dh xnk kawan dgn aq lagi, so go on. aq tau xde gne ko nk berkawan dgn aq pown. aq nie bknnye pandai sangat pown, hafazan pown lambat, aq nie just ordinary person. xde pe yg special kat aq pown. tapi kalo ko nak jadi kawan aq lagi, tlglah berubah cam dulu2..... peace no WAR........

sekian, wassalam~

Saturday 25 August 2012

tension...!

assalamualaikum dan salam sejahtera....... ceh


maybe nie post terakhir aq dalam bulan august nie coz dalam bbrpe jam je lagi aq akan blek ke skowl+asrama yang tercinta....... huhu. (skunk kol 2:37 pagi) pandai la krg kira berape jam lagi aq akn pulang ke asrama keyh :)

hmm,, aq pown xtau knp tajuk post aq kali ni 'TENSION'..... ala, tajuk x penting kan? yang penting adalah ceritanya. huhu....  ok la der~.. aq akan bg point knp aq stress....


  • firstly adalah sebab trial SMATQ dah dekat. bagi owg yg bijak pandai dan ske menghafal maybe xde masalah la bagi dorg kan. tapi bg aq yg ox biase2 nie, bab menghafal memang payah cket terutama kalo dlm bahasa arab. kalo quran xla ssh sgt.. (ceh, tapi sampai skunk x khatam lagi... huhu) tapi kalo tau/feq, taf/had, baz, tarikh islam, mmg payah sgt nak msk. ntahla knp. maybe sbb aq x minat kowt... who knows.... tapi aq ttp target mumtaz tok sma... untuk tahfiz quran... err,, no komen. hehe....


  • secondly adalah sebab kena blek asrama... hehe. dah 4 taun dok asrama pown bley tension. plek tol aq nie.... ala, aq tension pown ada sebab. dahla asrama skunk cam penjara.... peraturan tah ape2. huhu....

  • thirdly adalah kerana aq x hafal 1 ayat pown kat rumah! bukan malaz tapi xde mase lar....(kowt) cbok sangat beraya sampai cari modal pown xsempat. baru jew berangan sebelum raye hari tue nak tasmik sejuzuk pas raye... (harapan je la...) hish,, asyik target2 tapi x wat pon.....  nampaknya sikap aq yang nie perlu dibuang! dahla x hapal, tulis mashaf pown x. nmpknya kat asrama nanti kena balun sampai 2/3 pagi for tulis mashaf....(jangan mangat sude...) argh... makin tension aq dibuatnya....

  • yang keempat,, aq tension (bleyka diistilahkan sebagai tension..? ntahla..) sbb x join kawan2 aq wat baraan... (jelez sebenarnya) huhu.... yela, bila tengok gambar2 dorg, rase rugi plak x ikot. siyez tengok cam best je... hmm, xpela. taun depan ada lagi. aq sure ikot dorg. lagipown taun depan taun last kat skola... cdey plak! huhu.... taun depan aq wat lesen..... (my mama yg cakap) suwo aq amek lesen keta. tapi aq x taula, amek lesen keta umur 17,18 atau 21? nnt la aq tanya kawan2 aq. kalo tolla pe yg mak aq cakap, maknanya taun depan aq dh ley bawak keta la.... bangga siot. haha.... bleyla ikot baraan....

  • yang kelima adalah,, bila blek skola, mesti ada time aq emo, marah dll yang wat aq tension. kat rumah nie happy jew aq doe. otak x terbeban, hati x sakit, perasaan terjaga, pokoknya BAHAGIA la. kat asrama plak nanti, mesti ada owg cari pasal ngan aq la, x puas hati la, kutuk aq macam2 la, ngumpat la, macam2 la.... dorg x reti jaga perasaan owg lain doe. memey la bila time dorg kutuk2 aq macam2 and aq dengar aq wat selambe jew tapi hati nie, Allah je yang tau betape sakitnya..... bila aq kutuk dowg cket,, mulalah nak balas berganda-ganda. tapi bila dorg kutuk aq, xdela aq kutuk dorg trok2 pown. nampak sangat kan ketidakADILannya? huhu............



p/s: mase aq tengah syok2 tulis entry nie, tetiba elektrik mati sampai kol 4 lbey pagi... memang sakit aty tapi nak wat camne?.. sabo je la kan. ok, aq sambung blek entry nie...





hmm, aq rase cukupla aq tulis 5 sebab kenapa aq stress. huhu......... btw,, skunk dah pukul 1.40 minit petang... lagi 4 jam je tok kembali pulang ke asrama...  macam2 perasaan ada. teruja+gembira+sedih+stress+..... byk lagi la. dh macam rojak. sume perasaan nie bercampur aduk dalam hati aq. ok la der~... sampai sini jew la entry aq kali neyh.... nak siap2 packing, iron baju, dll.
kalo cuti, aq akan tulis lagi entry keyh.. :)  selamat bersekolah sume.... 

ASSALAMUALAIKUM.....



Wednesday 22 August 2012

suasana hari raye..... err


assalamualaikum dan selamat hari raye..... :D

semoga korg sume happy jew hari raye kali nie keyh.....

sebelum aq cite psl hari raye aq kali nie, aq nk terangkan dulu apakah hari raya nie. hari raye atau dikenali sebagai hari raya aidilfitri mrupakan hari kemenangan buat umat islam yang berjaya mengharungi bulan ramadhan dengan berjaya yakni berubah jadi lebih baik daripada sebelum bulan ramadhan. jadi seronok2 kita berhari raye nie, janganla teruja sangat sampaikan terlupa wat perkara yang wajib. dan jangan lupa puase sunat 6 hari di bulan syawal keyh :)

ok,, hmm, raye aq kali nie macam biase jew,, always seronok. duit raye pown still dpt gak walaupown diri ini dah BESAR. dpt la beratus gak. sama jumlah dengan adik2 aq yg kecil tue... tue la yang seronot sangat tue.... tapi kali nie aq xnk post gambar aq & family aq. mlz nk mskkan kt lappy  nie. aq just nk masukkan gambar makanan jew.. hehe...

macam biasa la kan, pas je sembahyang raye, aq menjamah makanan yg terhidang kat atas meja. sedap gler siot. mmg padanlah setiap kali raye berat badab aq bertambah... hehe.. antara makanan yg ada termasukla.....






ketupat ler.....

kalo ada ketupat, mesti la makan dengan rendang kan?



rendang ayam...... yummy









rendang tok..





kalo ada rendang, mesti ada kuah lodeh....




kuah lodeh....

dan x sah kalo xde serunding....




serunding,, tapi aq x ske makan.....


dan banyak lagi la.... x terkira. huhu...... ingat nak post gmbr2 kuih raye tapi mase x mengizinkan  la..... adeke ptot aq menulis entry kali nie time owg dtg beraye? x memuliakan tetamu la aq nie. huhu...... hari nie aq off beraye tapi besok sambong lagi. ada 3 ke 4 buah rumah yg nak pegi besok..... jumaat pown rasenya x free. sabtu plak nak kuar pg beli barang keperluan asrama. ahad baru la free kowt. huhu.... ingat nak hafal kat rumah & tulis mashaf tapi tinggal harapan jew la.....  busy benar aq skunk nie.... hmm, ok la der~ sambung lain kali.... salam...

Saturday 18 August 2012

suKA dUkA RAMADHAN 2012....




salam ramadhan kareem.......


pantas betul masa berlalu kan? sedar x sedar, pejam-celik-pejam-celik Ramadhan akan meninggalkan kita. sesungguhnya orang mukmin akan berasa sedih kerana perginya Ramadhan maka hilanglah segala kenikmatan beribadah yang hanya dapat dirasai pada bulan yang mulia ini. bulan Ramadhan juga merupakan madrasah untuk kita berubah jadi baik dan harapnya kita dapat teruskan juga pada bulan2 yang lain. seperti yg korg sume ketahui bulan ramadhan nie banyak peristiwanya dan banyak kelebihannya seperti:



  • peristiwa perang badar
  • penurunan al-quran
  • ada malam lailatul-qadar (malam yang lebih baik daripada seribu bulan)
  • pahala digandakan
  • pintu neraka ditutup
  • pintu syurga dibuka
  • syaitan dibelenggu


dan banyak lagi. so, kita kenalah berasa sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita. jangan teruja sangat menyambut aidilfitri sehingga pahala yang kita kumpul pada bulan Ramadhan hancur bagai debu kerana dosa yang kita buat pada hari raya. 

ok, memandangkan hari nie merupakan hari last Ramadhan, aq nak cerita sikit la tentang suka duka aq berpuasa pada tahun nie. rasenya puasa aq tahun nie penuh... alhamdulillah..... ok la. aq nak cer pasal ramadhan aq kat hostel.......



BANGUN PAGI@QIAMULAIL@SAHUR

seperti yang korang sedia maklum, aq nie pelajar sekolah agama. jadi sudah pastinya aq akan bangun awal (riya' plak.. hehe). aq memulakan hari dengan bangun pukul 4.45 pagi.....(orang kejut) kalau nak diharapkan aq bangun sendiri, alamatnya x bersahur la aq. tapi pown kdg2 jew aq bangun  awal camtue. pas bangun aq tros qiam(wat yg simple2 jew) pastu dalam pukul 5.20 aq pown turun sahur. tapi aq wat benda nie pown x istiqamah sebab   kadang2, pas awg kejut, aq sambung tido blek sampai azan. bila pk2 blek, betapa ruginya aq kan, dahla x dpt qiam, sahur pown x. tros aq rase cam emo 1 hari tue sbb penat coz x sahur.... salah sendiri..... huhu. nie sebelum 10 malam terakhir. pada 10 malam terakhir, kitorg sume diwajibkan tido kat musolla and qiam berjemaah. tapi aq beberapa kali jew pown tdo kat musolla. selebihnya aq tdo kat port lain.... bukan pew, sebab bila aq masuk musolla, sekali pandang cam kat kem pelarian. dua kali pandang cam setinggan. sebab baju2 bergantung sana sini, dengan musolla bersepah. rimas + kusut kepala aq. sebab tue la aq tdo kat tmpt lain. mst krg plek kan knp aq x masuk jew bilik tdo? sebabnya adalah piNtu bilik berkunci. kat skola aq tue mengamalkan sistem ala2 penjara gitu. sikit2 nak kunci. suka sangattt! pintu bilik dikunci dari pukul 11.30 malam sampai pas subuh. so kitrg pown dengan suka hatinya terpaksalah mengeluarkan semua kelengkapan urus diri termasukla baju2 sekola sume letak kat luar bilik. sejibik macam setinggan@owg pelarian. k, back to the story, kat musolla, kami dikejutkan pada pukul 4.30. kalo x bangun gak, nak tau pe jadi? ada la ajk ramadhan musytaq yang rotan supaya bangun. selamat aq x kena. berani la nk kejut aq dengan rotan. sekali aq debik, melayang tros(mangat... haha) pastu kitrg start qiam pukul 4.45 sampai kol 5.15 pastu sahur........



LEPAS SUBUH SAMPAI SEBELUM ASAR

lepas subuh sampai sebelum asar rutin ktrg sama jew. solat subuh - baca ma'thurat - bersiap pegi sekola - perhimpunan - pegi sekola - solat zohor - balik sekola - rehat kat bilik - prep
tue je la rutinnya except hari rabu sebab waktu koko digantikan dengan daurah makarimul akhlak.




LEPAS ASAR  - BERBUKA

lepas asar kitorg baca ma'thurat pastu riadhah. aq riadhah kat bilik je (tdo)... hehe. bukan ape, sebab penat. pastu kami semua kena siap2 sebelum pukul 6.20 sebab pintu bilik akan dikunci. pastu kitorg sume dikehendaki masuk ke dalam musolla untuk tadarus al-quran mengikut kumpulan usrah. nnt aq perkenalkan ahli2 kumpulan usrah aq. alhamdulillah, kumpulan usrah aq sempat khatam... mase ramadhan yang ke 27. kitorang sume tadarus dari pukul 6.30 sampai pukul 7.15 sebab ada tazkirah oleh pelajar yang dipilih. selamat aq x kena. malu beb! sebab pelajar akhowat ada sekali. ala, malu tapi mahu.. ahaks! pastu dalm 5 minit sebelum berbuka, wakil setiap kumpulan usrah kena amek kurma utk diagihkan kepada ahli usrah masing2..... bila jew time azan berkumandang, ktrg pown makan kurma (yela, sebab kurma jew yang diberi) pastu sesape yang nak minum air pergi la dewan makan. nak dijadikan cerita, tgh time2 minum, datanglah ajk musytaq sibuk suwo ktrg naik musolla tok solat maghrib. dah tue siap kira 1-10 lagi. jijik siot. tau la ktrg nk solat maghrib. xpayah suwo pown ktrg wat. nak menyibuk jew. tau x ktrg haus. pastu yang lbih wat aq rase naik menyampah, ada ke patut dye suwo acik dewan makan simpan cawan sampai habis solat maghrib (sebab ktrg makan berat pas solat maghrib). mmg wat hangin jew. xkn nk minum sikit pown xley? nk bg ada owg mmps dulu baru la sedar. huhu!



MASA BERBUKA - SEBELUM ISYAK

masa berbuka mmg waktu yang menyeronokkan. memanglah, dah seharian menahan lapar dan dahaga. lepas solat maghrib dan solat ba'diah, kitrg pown tros la pegi dewan makan. cara kitorang berbuka puasa adalah makan kurma dulu pastu solat maghrib and then baru la makan makanan berat. kitorg makan bukan dengan pinggan tapi talam. 1 talam kongsi dengan 4 orang. makan dengan talam memang  best,. dapat merapatkan ukhuwah (ceh). tapi kan, bila makan dengan talam, kita bley tau dye nie pelahap ke, tamak ke, yela, makan 1 talam kongsi 4 owg, mne cukup.. (padahal terlbey cukup)... huhu. nak tau pe yang seronok makan bersila dan makan gne talam? bley usha dak akhowat... (astaghfirullah)... bukan aq la tapi ada la bbrp kawan aq yg ske dok bahagian depan2 sbb nk usha... bukan aq sangka buruk key tapi drg sendiri yang cakap. normal la kan. xkn nk usha laki kowt. gay plak. tapi kita pown kenalah menundukkan pandangan. bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. nnt x psl2 hati kita lalai daripada mengingatiNya sebab mengingatkan org yang belum pasti. nauzubillah..... pas habis makan, ada kawan2 aq yang lepak2 kat luar makan, mengaji kat musolla, merayap dll. tapi aq duduk kat musolla ngaji... bukan nak tunjuk rajin tapi aq nak kejar muqarrar. sepatutnya tahun nie khatam al-quran tapi ape nak wat, nasi dah jadi bubur. so aq kenalah rajin lbey cket....


LEPAS ISYAK - TIDO

lepas isyak macam biasalah, solat terawih. kitorang wat terawih 8 rakaat. 1 rakaat baca setengah muka. tapi kalo yang jadi imam jenis yang baca tahap kura-kura, mmg aq ske sangattt! ktrg habis terawih termasuk witir 3 rakaat lbey kurang dalam pukul 9.45 minit malam. pas habis terawih, aq ngaji(kadang2) tapi aq lbey banyak berborak dgn kwn2 la. pastu dlm pukul 10.20 kena kumpul kat depan untuk baca surah mulk. tapi kadang wat aq palat, ada la mcm owg2 yg bertgggjwb uruskan bab2 mulk nie membebel sebelum baca mulk, jadi, ktrg lewat la turun mkn supper @ moreh.  pastu ada la bbrp owg nie membebel gak pas baca mulk. jadi ktrg turun dlm pukul 10.40. 10 minit dihabiskan utk dgr dgr berleter. suwo kitrg jangan main2 mase baca mulk la, suwo senyap la, kalo bacaan mulk dah start, taula drg2 diam. xyah disuruh pown. kalo dorg nie ikhlas wat keja, xkn kitorg nk boikot2 sume. nie x, asyik nak menggedik depan ustaz. konon prihatin, wat baik depan ustaz, berlakon jew keja. dah la ske burukkan owg dpn ustaz smpi ustaz2 pndg serong kat kami2 nie. dasar talam. dahla perepot tegar. balachi teragung. huh! (banyak lagi yg aq x puas aty tapi simpan dulu.... chill2. tgh pose lagi neyh). pas habis baca mulk, ktrg pown turun mkn. skunk nie moreh dah x sedap, asyik makan roti - biskut - kuih. mne nak kenyang. tapi syukur je la. dapat gak makan walaupown mke ktrg sume pown nk jd cam rupa kuih dh. pas makan moreh yang sangat SEDAP dan    KENYANG tue, aq pown naikla bilik and siap2 utk tdo........................... 


END OF STORY


nie la cerita aq sepanjang berpuasa di hostel... penuh ske dan duka. penuh sensasi dan kontroversi.. cewah! hmm, ok la. sampai di sini sahajalah aq punye catatn utk bulan Ramadhan nie. akhir kalam, selamat menyambut hari raya aidilfitri. maafkan segala salah dan silap. kepada yang blek kg jauh2 tue, semoga selamat pergi dan selamat pulang. ada masa, aq akan wat catatan pasal hari raye plak.... ok salam lebaran :D







Wednesday 4 July 2012

SaHaBaT....

assalamualaikum dan salam ukhwah fillah kepada sume..... tetiba aq nak post pasal entry pasal sahabat plak.... hmm, bagi korg la kan, apa ertinya sahabat? bagi aq sahabat adalah org yang sentiasa dekat dengan kita, tegur bila kita wat salah dan selalu menasihati kita...... sahabat juga selalu berada bersama kita di kala susah mahupun senang. selalu membantu kita dan banyak lagi la... korg sendiri pown faham kan pe maksud sahabat.....




memang persahabatan tue indah tapi kadang kala x seindah yang kita impikan. cuba bayangkan jew la, pe parasaan korg bila kawan baik krg sendiri membuat sesuatu yang menyebabkan hati korg sakit, menderita dll? mesti rase bengang teramat sangat kan?  lbey2 lagi kita dah kenal dye dari form 1 lagi. selalu melepak, meluah perasaan, beercerita, hang out sesama tapi bila naik form 4 nie perangai dye just wat sakit aty. mmg kdg2 kita tgk dye baik dgn kita tapi di samping itu, dye wat benda yang menyakitkan hati kita gak. nak benci salah, x benci pown salah. bak kata pepatah 'diluah mati emak, ditelan mati bapak'  macam 2h la pe yang aq rase.

lagi 1, aq plg x ske bila kawan kita 2h owg yg talam bukan setakat 2 muka tapi bermuka-muka. mmg kawan bangang la namanya kan...? kawan setakat nak amek ksmptn...... baik xyah kwn kalo kita sedar ada kwn kita cm2h. bila susah cari kita, bila senang wat bodo jew.

sepanjang aq idop kat asrama yg dh msk 4 taun setengah nie, sume jenis kawan aq dh jumpa. ada yg TALAM, BERPURA-PURA, HIPOKRIT, MUNAFIQ DLL, macam2 pengalaman dah aq lalui... (ceh).... tapi ada gak la kawan yg baik aty, menolong bila susah, nasihat menasihati dll.

so kesimpulannya, x sume owg yg kawan ngan kita ikhlas nak kawan dgn kita. so, lgkh terbaik adalah menjauhkan diri daripada berkawan dgn owg yg camtue. lagi 1, x yah la mengharap sgt nak berkawan dgn seseorg itu kalo dye sendiri sombong @ xnk kwn dgn kita..... k salam

Friday 29 June 2012

SMA vs SMATQ

pergh, lame gler kowt aq x post benda baru. tetiba terbukak plak hati nak post something..... untuk pengetahuan korg la kan, taun niey aq akan menduduki 1 peperiksaan yang penting la gak kowt...... sebab aq nie masuk skola agama, so aq kena amik periksa Sijil Menengah Agama (SMA)... dan disebabkan sekola agama yang aq masuk nie ada aliran tahfiz, so aq kena amek peksa Tahfiz Quran (TQ). jadinya, aq kena amek peksa Sijil Menengah Agama Tahfiz Quran (SMATQ)..... 

bunyi peksa yang aq amek nie macam gempak kan? tapi aq x sure la yang aq ley wat yang terbaik ke x utk peksa SMATQ nie.... aq tengok kawan2 aq yang lain nmpk rilex gler.... steady jew... bila aq tanya krg dh ready ke lom drg cakap '  ala,  peksa SMATQ nie x penting pown... SPM lagi penting'  so kadang2 aq terpikir gak sama mcm yg kwn2 aq cakap... tapi,, bila pk2 blek,, peksa SMATQ nie pown penting gak walaupown aq x tau kepentingannya apa.. :D.. Huhu.... btw, dalam bulan 7 nie ada peksa syafawi, means kita akan disoal ayat quran dari juz 1-10, 26-30. so total juzuk yang masuk peksa 15 juz@separuh daripada quran. nie la yg membuatkan ramai kawan2 aq tension coz kitorang lowm sedia lagi nak peksa syafawi nie and kitorg x mantap lagi 15 juzuk tue...

so ada gak kawan2 aq yang kata nak fail TQ tapi mumtaz SMA. bagi dorg, peksa TQ macam menyusahkan jew..... huhu,, aq pown x tau la nak kata pe. 2h hak dorg. aq kalo bley nak mumtaz SMA & TQ skali tapi aq kena la berusaha lbey kan.






so, nak x nak, suka x suka, benci x benci, aq kena wat yang terbaik gak for SMATQ examination.... hope kawan2 aq yang lain pown akan wat yang terbaik gak. hope kitrg sume akan dapat keputusan yang mumtaz...... AMIN>>>


ok la der~ sampai sini jew la post aq kali nie... kalo ada masa, aq tulis lagi entry...... assalamualaikum




Saturday 12 May 2012

minggu imtihan....

akhirnya ada gak kesempatan utk tulis blog. btw, skunk ney aq tgh menghadapi minggu imtihan (peperiksaan). time nie la sume ilmu yg guru ajar and ape yg kita paham tntg sesuatu subjek tu diuji. mmg x dinafikan la, time imtihan ney mmg stress. mklumla, aq nie jenis yg ske study last minute. mcm mne la sume maklumat tue nk faham. huhu...... minggu lps imtihan quran and azhar. bleyla kowt walaupown aq tau result aq x de la gmpk sgt. minggu nie imtihan akademik. hope dpt result ok. AMIN........ harapnya sesape yg baca entry aq kali neyh doakan la aq ek. k la. pasnie aq nk cer psl bnd lain plak..... salam





Sunday 22 April 2012

sahabat baik vs sahabat rapat....~

hmm, maybe tajuk post kali neyh cm plek cket tapi, korg kena dengar cer aq dulu......


cuba krg bayangkan kalo kawan yg kita rapat dirampas oleh kawan baik sendiri?? mcm mane perasaan krg?? mesti bgg gler kan....... samala contoh jika kawan baik kita sendiri merampas adik angkat kita.... mesti kita rase kecewa dgn kawan baik kita tue kan? kalo krg berada dalam situasi nie, pe yg ptot krg wat?? sama ada putus kawan or kita yg mengundur diri?? 



bagi aq la kan, lbeyh baik kita mengundur diri, x elok kita memutuskan hubungan silaturrahim... walaupown hati kita terluka tapi ingatlah Allah sentiasa bersama kita. pasti ada hikmah yg tersirat di sebalik sume nie. kita kena banyak muhasabah diri. maybe sbb diri kita sendiri dye menjauhkan diri daripada kita. mungkin kita yg x pandai nk jaga hati kawan kita tue. so, jangan salahkan dye kalo dye menjauhkan diri daripada kita. salahkan diri sendiri.. aq tau mmg ssh nk wat sume nie,, tapi xknla sbb bnd nie kehidupan kita terganggu?? lom cuba lom tau kan?? yang penting adalah kuatkan diri tue. kalo sorg hilang, ingatlah ramai lagi nk jadi kawan kita. maybe dye tue bkn kwn yg baik utk kita. so, pokoknya adalah, sabar je la atas sume nie. xyah ar nk cdey2 bagai.... buang masa dan tenaga. lbey baik kita pk pasal pelajaran dll. ok! tue jela kowt,,, semoga sume dapat manfaat termasuk diri aq sendiri daripada pe yg aq post nie.... k salam










Saturday 17 March 2012

feeling~

sebenarnnya benda yg aq nk post ney xde kaitan ngan tajuk pown.... huhu,,,,  lagi dalam berbelas jam aq akan pulang ke skowl yg tercinta 'sangat".. hmm, tp alhamdulillah la aq dh bley menerima hakikat yg aq still stay kat skowl 2.... walaupown dh msk 3 tahun aq skowl kat situ, tp aq ttp xdpt menerima 100% yg aq skowl c2..... hmm, mst krg plek cmne aq bley msk skowl 2. hmm, bila aq pk2 kan blek, aq pown plek cmne aq bley 'termasuk' skowl tue. cer nya cmnie ;

Alhamdulillah la kan, aq dpt keputusan yg bleyla dikatakan cemerlang dlm upsr and psra... 5A and 94.4% in psra... mase pas dpt result 2, bhkn sblm dpt result lg, aq dah rncg kalo dpt kptsn yg cmrlg, aq akan ke mrsm and aq x kn sekali kali msk skola agama sbb aq benci gler menghapal... aq struggle gler tok upsr and for psra, aq hpl pown ala kadar je tp cmne tah aq bley dpt mmtz. aq sndr pown x caye... yela sbb trial psra pown aq just dpt jayyid jiddan je. so, nk dijadikan cite la kan, pas je dpt result tu, mak aq tros jew applykan mrsm sbb mak aq pown keja mara kan, so, sure2 la dpt sbb aq kuota. pastu, skowl agama bagi 2 brg tawaran. 1 sambest and 1 lg skowl yg namanya maahad integrasi tahfiz sains dan teknologi (mitstek).... aq amek 22 brg tapi aq isi brg sambest jew tp bpk aq suwo aq isi gak brg mitst 2. so, aq isila 22 brg 2. pastu aq diterima masuk sambest. so aq pown wat kptsn nk msk c2 dulu smntara tggu twrn mrsm sbb twrn mrsm dpt bln 2. so aq and mk aq pg la sambest for nk uruskan pasal yuran dll... time tue mmg aq happy la sbb kwn baik aq pown dpt sambest. xdela kekok sgt (aq nie pemalu cket owgnya).... pastu dlm bbrp hari, (aq xingat la sblm or slps aq dpt twrn sambest) aq dpt surat drpd mitstek suwo dtg temuduga. aq mmg xnk pg tp mk bpk aq suwo pg gak. so aq pown pg la (anak mithali la katakan).... mase aq pg tue, aq adalah jmp bbrp kwn2 aq.... adalah dlm 7 owg. mase mula smpi jew kat bgnn 2, firstly aq nmpk sign bertanda "pusat kegiatan guru...something la".... pastu bla pndg sblh plak tros nmpk kubur... pergh,, mmg x la aq skowl c2 la kan.... cuax kowt nmpt kubur.... huhu. k, pas jew smpi c2, aq kena msk kat 1 blk. ha, lpe plak! mase pg temuduga tue, aq pakai t-shirt ngan jeans je... (biasala, aq nie stailo)... tp aq nmpk kbnykn yg dtg pki baju melayu, kopiah, smph seram aq! k, smbg cer. pas aq msk blk tue, aq tros amek port yg hujung skali. aq mlz nk dok sblh owg. pastu dtg la 2 owg cikgu namanya cikgu aishah & faizah (kalo x silap aq). drg bg ar kertas soalan... bila je aq bace soalan pertama, aq nk tergelak gler2... soalannya pasal komputer... aq apa lagi, jawab jew la pe yg aq tau (padahal x tau lgsg) sume aq tibai sbb aq bab komputer nie bknnya aq pakar sgt pown... gne just for fun jew. yg aq ingat soaalanya ada tanya pasal pendrive. pastu len2 soalan dye tanya pe sebab nk msk skowl ney. aq pown jawab sebab nya adalah dekat ngan rumah aq and xde senior.... pastu dlm sejam la kowt ktrg kuar dari blk tue. aq ingat dh hbs tp rupanya ada ujian hafazan plak. mmg aq mlz gler. owh lpe plak,, while ktrg tgh wat temuduga bertulis tue, mk bpk kena duduk kat dalam dewan makan sbb kena dengar taklimat pasal skowl tue (sbb skowl baru la kan)... mase ktrg kuar pas jwb soalan tue, mk bpk still kat dlm dwn mkn dgr taklimat oleh pengetua dye namanya rosni bte ahmed. aq pown ada la dgr cket2.. yg aq ingat akan ada aktiviti elit such as seni mmprthnkn diri, memanah, berkuda, and berenang... sumpah aq cket pown x tertarik... pas hbs jew taklimat tue, aq tros ar pg kat mk bpk aq. pastu mk bpk aq cer la kat aq pasal pe je yg pengetua tue ckp. yg aq ingat psl spe yg msk skowl tue akan dpt biasiswa 150 sowg, skowlnya bkn kat tmpt yg ktrg temuduga tp kat puncak alam dll. aq x amek kisah pown pasal sume tue sbb aq nk cpt blek. hmm, mase ujian hafazan 2, ktrg akan dipanggil swg2 pastu akan ada swg guru suwo kita baca salah 1 surah dari juz amma. aq dpt surah al-qadr. selamat dh hpl... hehe. aq pown bacala ngan penuh confident (sbb aq msk amal islami hafazan) jadi, mmg bacaan aq sedap ar,,, ceh~...  pas hbs jew ujian hafazan, aq tros blek rmh.... mase kat rmh 2 ler aq dok pk2 aq nk msk skowl mane.... sbb aq kalo bley nk skowl asrama yg xde senior (cm ade jew kan?) tapi skowl mitst ney kalo cpe yg msk akan jd first batch... so, aq pown dok pk2... bpk aq soh aq wat slt istikharah tapi aq ney time skowl rndh mmg liat nk solat walaupown slt yg wajib. ni apetah lagi solat sunat. mmg aq x wat la. huhu, and akhirnya mase nk akhir2 bln 12, aq dh tekad nk msk sambest sbb aq x dpt pown jawapan sama ada aq terpilih or x msk mitstek... tp tetiba datangla srt tawaran 2h. sekali lagi aq pk and aq wat kptsn msk mitstek sbb ada 3 owg kwn skowl rndh aq msk c2. kawan baik aq x isi brg mitst so dye ttp msk sambest ar...jadi,, bermulalah episod kehidupan aq di mitst klang yg penuh dgn suka & duka...... ok tamat~



ps: aq mlz ar nk blek skowl nnt sbb aq x hpl papepown... cmne aq nk tasmi' doe.. selamat aq dh tulis mashaf.. dahla bio, fizik, kimia, aq x baca & wat latihan... mmg mampuih aq. tp yg plg aq x ske  bla masuk skowl adalah tntg perasaan aq sendiri.... sbb kalo kat skowl aq akan selalu emo. sbbnya......(next time aq cite).... hmm,, terpaksalah aq menahan diri.. huhu,, sbb 2 aq ske time cuti, sbb kat rmh jew la aq akan happy dan x stress+tension. xde la aq pk psl bnd 2h.... lagi sbbnya aq mlz nk pg taekwando la.. aq x dtg mase greeding yg lps so aq ngan 2 owg kwn aq yg x dtg gak kena ulg blek step2 yg ken aktrg ingat... mmg benci gler aq. pastu pas cuti nie group aq kena pegi berkuda,,, lagila aq xnk... fobia kowt. sbb aq satu satunya owg yg jatuh kuda... pergh,, mmg malu tahap gaban la aq. x psl2 aq kena ejek.. huhu.... pastu pe lg ek?? jap2 aq tgh nk pk lagi neyh.... hmm, ha! pastu lagi sbb aq akan dpt result UP 1...  stkt neyh result aq yg plg ok pown B... mmg trok la result aq nnt.. lagipown, ada bpe subjek yg aq fail... mmg 'terbaik' la aq neyh... ok la kowt.... aq rase neyh post aq yg last for bulan neyh. x tau ar kalo tetiba bsk aq nk post lagi ke x... pastu aq akan post lagi bila time cuti akan dtg,, maybe dlm akhir bln 4 kowt.... lme kan?? nasib budax dok asrama.. nk wt cmne la kan, kena lah mujahadah cket...  ok la... last word from me.... "hidup x selalunya happy, mesti ada dugaan yg akan dtg dan kita kenalah hadapi dugaan 2h dgn setenang,  setabah dan sesabar yg mgkn kerana dugaan yg dtg akan mnjdkn hidup pernuh dgn warna warni dan kita akan lbey menghargai akan kesenangan yg kita dapat"....  ~wassalam~

Friday 16 March 2012

cer2 episod 1~

ok! aq nk cer pasal apa bnd yang aq lalui pada tahun 2011. rasenya x terlambat lg kowt walaupown skunk dh msk pertengahan bln 3. masa tahun 2011 aq baru form3. skunk aq dh form4. masa taun lps la kan, aq dilantik jadi KETUA ASRAMA. nama mmg gmpk tapi bla dah dpt jawatan 2h, rase tension gler.... yela, bla 1 pown yg wat maslah, mesti aq gak yg dipersalahkan. mmg x adil kan?? huhu, aq sabo je. lagi 1, sebenarnya pemilihan aq sebagai ketua asrama 100% pelajar yg pilih. so, kalo pelajar sendiri yg pilih, drg ,esti akan cari owg yg drg ley control.... jadi maknanya aq neyh just KAMBING HITAM......  xpela, aq redha. masa drg pilih aq tu, ramai ustaz x puas aty sbb aq ney dak masalah...
OUTLAW la katakan... tp drg xley wat ape2. drg pown terima je la.so, mase aq dilantik jadi KA  tu, hati aq berat sbnrnya tapi drg pujuk aq(paksa sbnrnya) aq pown terima je la.... tapi mmg aq akui ar taun lps mmg taun terburuk aq.... asyik kena mara ngan ustaz2 sampai ada sowg ustaz 2h cm benci aq gler2 tp aq x kesah pown.... lnx dye ar nk bnc aq pown. taun lepas ada mcm2 kes berlaku. kes curi + kes rasuk + kes meniru masa trial pmr + kes fly dll...... memang haru habis la..... sebab 2h la taun neyh ustaz@ustazah yg plh exco asrama sume.. sbb xnk jadi cm taun lps. tp yg aq cm palat cket, mereka2 2h tpu ktrg.... mula2 drg ckp yg exco asrama ktrg yg plh (ktrg diberi 1 kertas and kena tulis name cpe yg ktrg nak) pastu tetiba masa nk umum exco asrama 2h, bleyla ustaz ckp yg pemilihan exco kali ney guna 30% pelajar, 70% guru. so, maknanya sama la cm guru2 yg plh.... aq plekla, xknla owg yg hapal quran sggp nk menipu?? hmpr sume bdk x puas aty (yg sekepala ngan aq ar...) malam 2h teros ktrg plh 1 port pastu ktrg bncg pasal bnd 2h (mgumpat sebenarnya)  ok la, aq smbg len kali ar.... lenguh tangan and kepala asyik menaip and tgk lappy neyh.... assalam~

Dilemma~~

aq skunk neyh tgh dalam dilema la...... nmpknya aq kena jadi diri aq sendiri and aq x ley tpu diri aq sendiri...... huh!!!  ok, aq dah wat KEPUTUSAN, aq akan still mantain jew mcm mane aq skunk neyh, aq cm x bersedia lagi tok jadi baik.... i mean, lbeyh baik dari skunk...... maybe one day nnt kowt... cpt atau lambat, INSYAALLAH.... tp, the most important thing yg kena aq wat skunk adalah buang sume sikap dendam aq kat sesape je la..... sbb aq rase skunk sume dh ok.... aq kena la berubah step by step.  hmm, pastu, lg 1, aq kena redha ngan apa yg akan berlaku pas neyh..... aq mesti sabar...... innallaha maa'ssobirin (Allah bersama dengan org2 yg sabar)......  pasti ada hikmah di sebalik semua ini. PASTI ! tapi perubahan tuk jadi lebih baik tu wajib. tapi aku tak nak berubah drastic. kena slow2. biar rase ikhlas itu ade. InsyaAllah aku boleh lakukannya. pray for me okeyy? hhu...


Assalamualaikum.....

Thursday 15 March 2012

my favourite song forever~

untuk pengetahuan korang la kan, aq ney jenis yg suka layan muzik. x kesah la pop, rock, pop rock, or pape je la kan,, tapi aq ttp minat kat 1 lagu neyh, aq rase cam lagu neyh begitu sebati dalam hidup & diri aku.......


TAK BISA MEMILIHMU BY 6IXTH SENSE.....



Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

C/O
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

pemilik hati ~ 6ixth sense


Di hatiku ini sunyi sunyi
Di jiwaku ini hampa hampa
Hidup ini kosong kosong
Hati ini sunyi sunyi
Korus
Tanpamu tanpamu ku sepi
Tanpamu tanpamu ku sunyi
Tanpamu tanpamu ku sepi
Tanpamu tanpamu ku sunyi

Engkau jiwaku hidupku
Hatiku
Ulang Korus 2x
Engkau nafasku darahku
Nadiku

cuti penggal 1

sedar x sedar skunk neyh dah masuk pertengahan bulan 3....... cepat tol masa berlalu....... hmm, papehal pown, aq nak cer pasal pe benda yg aq wat cuti  kali neyh.... bagi aq cuti kali neyh cam boring cket ar sebab aq xpg mana2 pown.... kuar pown just pg KLCC dengan kengkawan.... 2h pown, masa blek dari klcc 2h, mcm2 benda berlaku.... mmg banyak tol dugaan aq. aq pg klcc hari selasa, 13/3... besoknya teros aq kena demam + asma. tak ke haru cm2h?? huhu..... ingatkan td nk tgk wayang cer 7 petala cinta tp apakan daya, kesihatan aq x mengizinkan. terperuk je la aq kat rmh.... selamat ada gak lappy ley ar hlg cket boring 2h..... tp aq neyh ckp pasal cuti jew, homework 1 pown x ciap lagi..... mula2 mmg mangat nk wat tp bla lama2, mlz plak.. hehe...... tp aq rase rmi kowt kwn2 aq x wat lagi homework 2h.... xpela, pakat ramai2 x yah wat homework. hmm, skunk neyh tggl 3 hari jew lagi cuti... knpla cuti rase cm sekejap sgt?? mlz ar plak nk msk skowl..... bknnya pe, kt skowl nnt mcm2 hal yg ley wat aq tension... ley jd hypertension kowt aq..... hmm, one more thing, aq plek ar knp drg ckp aq ney cpt emo?? aq rase aq bkn EMO pown, MERAJUK apetah lagi, just aq mmg kalo ada owg wat aq sakit aty @ menyampah aq mmg xkn tego dye smpi dye mnx maap kat aq. egokah aq??  2 je la kowt for this time... assalam....

Saturday 25 February 2012

Nera AF9 - Hatiku Milikmu...

pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

(korus)
disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku melupakan kucinta padamu

nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
dalam hidupku ini

(korus)

bagai bahtera yang dilanda badai
gelora cintamu
mengoncang jiwaku
berombak mencari
daratan damai
ohhh cintaku

(korus)

aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini

Saturday 11 February 2012

luahan.............

kenapa la kan, apabila ada org 2 nk rapat dgn kita la kan, mesti setiap waktu dan ketika dye akan kacau kita, wat kita happy, dll......... tp bila kita pown dah rapat  ngan dye, mesti dye dh jrg tego kita, wat x kesa dgn kita and wat bodo jew?? hmm, manusia mmg cam 2... x mghargai apa yg drg dah dpt.... bila dah kehilangan nnt mulalah rase menyesal.... baru nk ditangisi pe yg xde... huhu... okeyh, lagi 2 tahun je aq akan bersekolah di MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI (MITST) caw klang....  pastu sume akan wat haluan masing2.. walaupun aq slalu kutuk skowl 2, tp aq ttp stay gak kat skowl 2.. nk wt cmne, result PMR aq pown x gmpk sgt... 7A je pun, nk pndh mane2 pown x dpt. well, maybe ada hikmahnya kowt... yg pntg, insyaALLAH taun ney or taun dpn, aq akan jadi hafiz... hope mase 2 perangai aq dh baik... xde ar jadi bdk trouble kat skowl.... aq dah wat kptsn yg baki 2 tahun kat skowl neyh, aq xnk rapat ar dgn sesape... kawan base je. xde good friend, sweet friend or pape je la... wat emo jew aq nnt..... dah mcm2 bnd aq alami melibatkan kawan2 neyh...  sakit ati, nyampah, jelez, sume ada. so the best thing that i can do is  x nk rapat and merapatkan diri aq dgn sesape................... huhuhu... k la.. 2 je tok post kali ney...~

me !

ok, kat bawah nie ada ar aq lex bpe keping jew gmbr aq..... jgn komen pape tau, tau ar aq nie x ensem mane pown.. tp, aq syukur ar Allah kurniakan aq nie cukup sifat,, and, x kira mcm mane pown rupa kita, yg plg pntg adalah iman, taqwa dan akhlak.........







nie salah satu gambar aq.... mase nie aq kat kem....
Add caption









ok, 2 gmbr nie plak mase sambutan raye .... yg first 2h mase kat dlm bas and yg second 2h mase kat i-city.... nie raye taun lps, taun2011....... yg kat dlm gmbr nie drg 2h kwn aq (bestfriend la kowt)...........


so serba serbi sikit pasal diri aku :
  • Name: Muhammad Mirza Faris bin Mohd Jamil
  • DOB: 16/02/1996
  • Anak sulung dari 4 adik beradik
  • now studying at Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi, Selangor. sekolah under JAIS.
cukuplah dengan butiran ni je. lebih2 pun bukannya korang nak tau sangat pun kan. haha. so sampai sini sahaja entry aku. salam....