cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 2 February 2015

Kisah di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNs) sesi 2014/15 Part 1

Assalamualaikum.


Rase dah lama gila tak update blog. Memang lama pun -,-. So disebabkan sekarang tengah cuti mid sem yang tak berapa lama yakni seminggu je, so tergeraklah hati nak cerita life kat matrik ni. Now aq dah sem dua kat matrik. Tinggal lagi 3 bulan je lagi untuk aq meneruskan pembelajaran kat sana. Okay, based on title aq nak cerita la life kat matrik. Tapi ni untuk sem 1 punya cerita la. Sem 2 punya cerita tunggu aq habis matrik dulu la ek.





Papan Tanda Matrik

Tanda korang dah sampai Matrik negeri sembilan ni, first thing yang korang akan nampak adalah papan tanda ni. So kalaulah ada pelajar2 matrik sesi 2015/2016 dapat matrik negeri sembilan ke, nak sure korang sampai ke matrik yang betul, papanm tanda ini memainkan peranan yang penting. *melalut di situ*. 


Surau KMNS

Ni pulak gambar surau KMNs. Surau ni akan penuh dan digunakan time orientasi selama seminggu yang penuh derita. Yang sedihnya time orientasi je lah suraunya penuh. Lepas habis orientasi agak krik2 siket. Kalau solat maghrib isyak tu adalah dalam 3/4/5 saff. Tapi disebabkan aq amik gambar ni kat google, aq rase ni gambar lama punya lah.Tapi suraunya tetap sama cam dalam gambar. Tapi solat jumaat bukan kat surau ye. Solat jumaat korang kena jalan kaki around 500 meter from matrik pergi ke masjid yang bernama Masjid Saidina Ali. 


Bangunan makmal

Gambar ni pula adalah bangunan makmal. Makmal bio, fizik , kimia sume kat sinilah. One more, wifi kat sini boleh la tahan laju. dapatlah download. Haha.




Sebenarnya banyak lagi gambar yang korang boleh usha kat google kalau nak tengok dia punya asrama ke cafe ke blok tutoran ke ape ke. Sebab aq dah malas nak cari gambar banyak2 kat google. Maafkan saya. Heee.


Okay ni baru ape orang kata orang pendahuluan. Now baru kita start citer2. okay!


First impression aq sampai KMNs, "Matilah aq duduk sini, takde mall..." walaupun nampak cam sakai tapi tu lah first impression aq. Matrik negeri sembilan ni dahla dia letak kat kuala pilah. memnag pendalaman gua cakap. Kalau nak ke Seremban ambil masa 1 jam. Kalau nak ke Bahau ambik masa setengah jam. Pastu mall yang dekat ngan matrik ni adalah giant and econsave. Tu pun korang kena naik van ke teksi ke. Kalau rajin pergilah jalan kaki. memang aq tabik! =,=. 


Back to story, lepas tu aq pun pergilah daftar. Time daftar ni dia agak terususun la sebab dia macam ada station2. Kira tak pening la kepala korang kalau daftar. Tapi maaflah takde gambar untuk disajikan. Lepas daftar then korang pergilah ke mana dorm yang korang dapat. Kalau budak lelaki akan ditempatkan kat Blok B. Blok B plak berpecah kepada 5. B1, B2, B3, B4 and B5. Siapa dapat B5 agak sakitlah sebab B5 adalah blok budak lelaki yang paling jauh dari surau, Blok Tutoran, Makmal, Dewan Kuliah dan sebagainyalah. Tapi kalau duduk B5 ada jugak kelebihan tau. Yang bestnya kat blok B5 ada cafe B. So kau tak payah turun jauh2 nak pi cafe. Lagi 1, line internet kat B5 laju siket sebab dia kat atas bukit. WiFi? Maaf, dekat blok takde disediakan WiFi. Cafe B pun takde wifi. SO kalau sesape berangan yang ada WiFi kat bilik sila hapuskan mimpi anda itu. Hahaha.....

Pastu bila lepas korang dah daftar bilik ape sume then petang tu around pukul 4 makan bermulalah minggu orientasi yang agak sengsara dia mana korang kena pakai baju kemeja berseluar slack dan bertie tu setiap pagi  and setiap malam. selama seminggu. Minggu di mana korang kena bangun pukul 4.30 pagi then mandi terus pakai baju kemeja berseluar slack serta bertie pastu kumpul kat bawah blok masing2 and secara beratur pergi ke surau untuk solat subuh berjemaah. Pastu ada ceramah sampai tengah hari pastu barulah korang boleh naik bilik tu pun sekejap just untuk tukar baju koko matrik dan ada ldk dengan ahli2 praktikum korang sampai la asar then solat then ada la aktiviti lain sampai pukul 6 lebih. *Praktikum=kelas.*  Pastu korang cuma ada 30 minit untuk makan malam dan bersiap untuk solat dan program malam pula. Pakaian untuk malam tak lain tak bukan adalah baju kemeja berseluar slack dan bertie. Sadis kan? Hahaha.... Ni adalah gambaran kasar aq time aq orientasi. Time batch 2015/16 tak taulah macam mana pulak. 


okay aq rase sampai sini jelah kot. Biar gambar yang berbicara.




Gambar time minggu orientasi....
My dorm : B5T3:6





bersama room mate and sorang ahli room mate tak rasmi


Ni plak gambar time Jamuan kelas, Ifthor jamaie dengan ppraktikum dan juga jamuan KD







nampak macam aq tak sabar nak makan.. =,=



And gambar2 yang lain...
Kelas terakhir before exam PSPM 1


with arif, isey and zarul

time ada ceramah pasal Gaza





Selfie time outing ke Jusco Seremban 2

Jejaka2 S2AP6 before berlaku pertukaran module.

Bersama Udin. Happy go lucky orangnya

Jejaka2 hensem S2AP6



siapa entah yang shot gambar aq tengah tido time kuliah... haha

Itu sahajalah cerita aq untuk sem 1 ni..... kalau ada pape nak tanya pasal matrik umumnya and KMNs khasnya silalah bertanya jangan malu jangan segan. Okay. till we meet again!