cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 15 September 2016

Changes

Assalamualaikum to reader.... *if ada*


Entry kali ni rase malas nak buat intro so kita jump into the topic terus eh? So basically entry aq kali ni adalah mengenai 'CHANGES' atau dalam bahasa melayunya bermaksud 'PERUBAHAN'. Jadi, ape yang berubah? siapa yang berubah? Entry kali ini adalah mengenai diri aq sendiri yang aq rase macam terlalu banyak perubahan yang berlaku ke atas aq without any concrete reason. Terasa macam hobi aq berubah, sikap, dan lain2. Sometimes macam tak rase pape pun tapi lama kelamaan kau akan tau sendiri yang diri kau tu dah berubah. berbelit sia ayat aq... hahaahahaha lantaklah. So jom kita tengok ape yang berubahnya diri aq sekarang

  • Keyakinan diri aq kurang. Aq masih ingat lagi time sekolah rendah dulu aq memang suke kehadapan maksudnya jadi pengawas, ketua kelas, bercakap di hadapan, attention seeker la kononnya. tak takut pun jadi mc. Tapi bila dah masuk alam universiti ni, serius aq macam takut gila nak kehadapan, bagi ceramah contohnya. somehow aq tak tahu di manakah diri aq yang lama menghilang. huhuhu. 
  • aq dah jadi heartless. seriously ni memang aq tak jangka pun. sebab time sekolah menengah dulu aq memang cam jiwang karat leleh nak mampus tapi sekrang aq rase cam geli tengok cerita jiwang, buat ayat jiwang ape2 benda berkaitan hati dan perasaan lah. adakah doa aq dulu makbul? hahahhahaha. entahla. pastu sekarang mesti aq dah tak rase pape. takde rase nak bercinta crush bagai ape sume. Kosong aje. 
  • Tak layan novel. Yang ni seriously aq pelik sebab aq dari kecil memang hobi baca komik, cerita harry potter weh. Besar sikit layan novel cintan cintun ape sume tapi sekarang macam semangat nak membaca tu agak kureng sikit. Dulu aq suka pegi MPH ke Popular ke beli buku now tak rase ape2 pun.
lastly pasal belajar. somehow aq rase aq macam kurang minat sikit. pointer jatuh teruk menjunam cam hape. tapi sem 3 ni aq akan usaha 4 flat. doakan aq

rasenya sampai situ je kot. k chowwww

Sunday 15 May 2016

Kehilangan orang disayangi

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuhu.

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya terbuka hati untuk update entry baru. Bukan ape, aq masih cam tak percaya bahawa aq telah kehilangan antara orang  yang aq sayang iaitu nenek aq. Buat pengetahuan semua, nenek aq kembali ke rahmatullah pada hari khamis pukul 7 pagi. 

Al-kisahnya, mama aq call bagitahu nenek dah meninggal pukul 8 pagi. time tu pun peliklah sebab mama tak pernah call pagi2 then mama told that nenek dah tiada. So time tu cam agak blur lah sebabnya time tu aq baru pas mandi pakai baju ape sume nak pegi kelas, so cam lambat cket nak digest berita tu. Then, nasib baik la ada housemate baik hati hantarkan sampai terminal. *kena lanje dia ape2 nanti* then sempatlah naik bas pukul 9. Tapi yang sedihnya, aku sampai2 je nenek dah kebumi and sedang hendak dibacakan talkin so aq tak sempat lihat buat kali terakhir :'( . So sebenarnya agak terkilan kat situ and somehow entah kenapa dari masa aq dapat berita nenek dah meninggal sampai hari ni aq tak menangis pun padahal aq rapat gak dengan nenek.

Mesti korang tertanya tanya kan, "ala nenek je pun, chill lah" tapi disebabkan time aq kecik sampailah before aq masuk asrama which is sampai umur aq 12 tahun, nenek and atok yang jaga aq so memang rapatlah. Benda yang paling aq ingat adalah nenek selalu suruh sedekah kat tabung masjid hari jumaat. tak pernah miss. *hopefully aq akan istiqamah buat benda tu*. And yes, kehilangan ni memang sangat dirasakan gak lah. tahun  ni pun cam takde dah mood raya. Aq pun dah cakap ngan mama yang tahun ni malas pakai baju melayu. Ingat nak pakai jubah je. Aq pun turut merasakan raya tahun ni agak hambar sebab biasanya first raya akan raya dekat rumah sedara2 nenek dulu. Entahla..... somehow tetiba terfikir, kita sume pasti akan merasai kehilangan, sama ada lambat atau cepat. So kena prepare mental dari sekarang. Kehilangan tu lumrah kehidupan. One more, rase terkilan jugak sebab tak jaga nenek time kat hospital. huhuhu. Tapi bila fikir2 balik, ada petanda yang nenek akan pergi which is sume ni happen when nenek jatuh kat bilik air and she become like not usually her. Biasa dia akan banyak cakp, suka tanya macam2 and after that accident, dia jadi cam pendiam. And afterthat, which is one month before, she suddenly got a stroke. And everything seems like the sign that she will go. 

Last but not least, hargai orang2 yang korang sayang sementara mereka masih wujud. Jangan sampai dah tiada baru terkenang. okay guys. will update this blog more frequently. ohh and jangan lupa doakan aq final around 3 weeks more. see ya.



p/s: Mohon sedekahkan Al-fatihah kepada arwah nenek saya Hajjah Poon Binti Baharom and semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia baik yang telah tiada mahupun yang ada.