cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday 15 May 2016

Kehilangan orang disayangi

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuhu.

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya terbuka hati untuk update entry baru. Bukan ape, aq masih cam tak percaya bahawa aq telah kehilangan antara orang  yang aq sayang iaitu nenek aq. Buat pengetahuan semua, nenek aq kembali ke rahmatullah pada hari khamis pukul 7 pagi. 

Al-kisahnya, mama aq call bagitahu nenek dah meninggal pukul 8 pagi. time tu pun peliklah sebab mama tak pernah call pagi2 then mama told that nenek dah tiada. So time tu cam agak blur lah sebabnya time tu aq baru pas mandi pakai baju ape sume nak pegi kelas, so cam lambat cket nak digest berita tu. Then, nasib baik la ada housemate baik hati hantarkan sampai terminal. *kena lanje dia ape2 nanti* then sempatlah naik bas pukul 9. Tapi yang sedihnya, aku sampai2 je nenek dah kebumi and sedang hendak dibacakan talkin so aq tak sempat lihat buat kali terakhir :'( . So sebenarnya agak terkilan kat situ and somehow entah kenapa dari masa aq dapat berita nenek dah meninggal sampai hari ni aq tak menangis pun padahal aq rapat gak dengan nenek.

Mesti korang tertanya tanya kan, "ala nenek je pun, chill lah" tapi disebabkan time aq kecik sampailah before aq masuk asrama which is sampai umur aq 12 tahun, nenek and atok yang jaga aq so memang rapatlah. Benda yang paling aq ingat adalah nenek selalu suruh sedekah kat tabung masjid hari jumaat. tak pernah miss. *hopefully aq akan istiqamah buat benda tu*. And yes, kehilangan ni memang sangat dirasakan gak lah. tahun  ni pun cam takde dah mood raya. Aq pun dah cakap ngan mama yang tahun ni malas pakai baju melayu. Ingat nak pakai jubah je. Aq pun turut merasakan raya tahun ni agak hambar sebab biasanya first raya akan raya dekat rumah sedara2 nenek dulu. Entahla..... somehow tetiba terfikir, kita sume pasti akan merasai kehilangan, sama ada lambat atau cepat. So kena prepare mental dari sekarang. Kehilangan tu lumrah kehidupan. One more, rase terkilan jugak sebab tak jaga nenek time kat hospital. huhuhu. Tapi bila fikir2 balik, ada petanda yang nenek akan pergi which is sume ni happen when nenek jatuh kat bilik air and she become like not usually her. Biasa dia akan banyak cakp, suka tanya macam2 and after that accident, dia jadi cam pendiam. And afterthat, which is one month before, she suddenly got a stroke. And everything seems like the sign that she will go. 

Last but not least, hargai orang2 yang korang sayang sementara mereka masih wujud. Jangan sampai dah tiada baru terkenang. okay guys. will update this blog more frequently. ohh and jangan lupa doakan aq final around 3 weeks more. see ya.



p/s: Mohon sedekahkan Al-fatihah kepada arwah nenek saya Hajjah Poon Binti Baharom and semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia baik yang telah tiada mahupun yang ada.