cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 18 August 2012

suKA dUkA RAMADHAN 2012....




salam ramadhan kareem.......


pantas betul masa berlalu kan? sedar x sedar, pejam-celik-pejam-celik Ramadhan akan meninggalkan kita. sesungguhnya orang mukmin akan berasa sedih kerana perginya Ramadhan maka hilanglah segala kenikmatan beribadah yang hanya dapat dirasai pada bulan yang mulia ini. bulan Ramadhan juga merupakan madrasah untuk kita berubah jadi baik dan harapnya kita dapat teruskan juga pada bulan2 yang lain. seperti yg korg sume ketahui bulan ramadhan nie banyak peristiwanya dan banyak kelebihannya seperti:



  • peristiwa perang badar
  • penurunan al-quran
  • ada malam lailatul-qadar (malam yang lebih baik daripada seribu bulan)
  • pahala digandakan
  • pintu neraka ditutup
  • pintu syurga dibuka
  • syaitan dibelenggu


dan banyak lagi. so, kita kenalah berasa sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita. jangan teruja sangat menyambut aidilfitri sehingga pahala yang kita kumpul pada bulan Ramadhan hancur bagai debu kerana dosa yang kita buat pada hari raya. 

ok, memandangkan hari nie merupakan hari last Ramadhan, aq nak cerita sikit la tentang suka duka aq berpuasa pada tahun nie. rasenya puasa aq tahun nie penuh... alhamdulillah..... ok la. aq nak cer pasal ramadhan aq kat hostel.......



BANGUN PAGI@QIAMULAIL@SAHUR

seperti yang korang sedia maklum, aq nie pelajar sekolah agama. jadi sudah pastinya aq akan bangun awal (riya' plak.. hehe). aq memulakan hari dengan bangun pukul 4.45 pagi.....(orang kejut) kalau nak diharapkan aq bangun sendiri, alamatnya x bersahur la aq. tapi pown kdg2 jew aq bangun  awal camtue. pas bangun aq tros qiam(wat yg simple2 jew) pastu dalam pukul 5.20 aq pown turun sahur. tapi aq wat benda nie pown x istiqamah sebab   kadang2, pas awg kejut, aq sambung tido blek sampai azan. bila pk2 blek, betapa ruginya aq kan, dahla x dpt qiam, sahur pown x. tros aq rase cam emo 1 hari tue sbb penat coz x sahur.... salah sendiri..... huhu. nie sebelum 10 malam terakhir. pada 10 malam terakhir, kitorg sume diwajibkan tido kat musolla and qiam berjemaah. tapi aq beberapa kali jew pown tdo kat musolla. selebihnya aq tdo kat port lain.... bukan pew, sebab bila aq masuk musolla, sekali pandang cam kat kem pelarian. dua kali pandang cam setinggan. sebab baju2 bergantung sana sini, dengan musolla bersepah. rimas + kusut kepala aq. sebab tue la aq tdo kat tmpt lain. mst krg plek kan knp aq x masuk jew bilik tdo? sebabnya adalah piNtu bilik berkunci. kat skola aq tue mengamalkan sistem ala2 penjara gitu. sikit2 nak kunci. suka sangattt! pintu bilik dikunci dari pukul 11.30 malam sampai pas subuh. so kitrg pown dengan suka hatinya terpaksalah mengeluarkan semua kelengkapan urus diri termasukla baju2 sekola sume letak kat luar bilik. sejibik macam setinggan@owg pelarian. k, back to the story, kat musolla, kami dikejutkan pada pukul 4.30. kalo x bangun gak, nak tau pe jadi? ada la ajk ramadhan musytaq yang rotan supaya bangun. selamat aq x kena. berani la nk kejut aq dengan rotan. sekali aq debik, melayang tros(mangat... haha) pastu kitrg start qiam pukul 4.45 sampai kol 5.15 pastu sahur........



LEPAS SUBUH SAMPAI SEBELUM ASAR

lepas subuh sampai sebelum asar rutin ktrg sama jew. solat subuh - baca ma'thurat - bersiap pegi sekola - perhimpunan - pegi sekola - solat zohor - balik sekola - rehat kat bilik - prep
tue je la rutinnya except hari rabu sebab waktu koko digantikan dengan daurah makarimul akhlak.




LEPAS ASAR  - BERBUKA

lepas asar kitorg baca ma'thurat pastu riadhah. aq riadhah kat bilik je (tdo)... hehe. bukan ape, sebab penat. pastu kami semua kena siap2 sebelum pukul 6.20 sebab pintu bilik akan dikunci. pastu kitorg sume dikehendaki masuk ke dalam musolla untuk tadarus al-quran mengikut kumpulan usrah. nnt aq perkenalkan ahli2 kumpulan usrah aq. alhamdulillah, kumpulan usrah aq sempat khatam... mase ramadhan yang ke 27. kitorang sume tadarus dari pukul 6.30 sampai pukul 7.15 sebab ada tazkirah oleh pelajar yang dipilih. selamat aq x kena. malu beb! sebab pelajar akhowat ada sekali. ala, malu tapi mahu.. ahaks! pastu dalm 5 minit sebelum berbuka, wakil setiap kumpulan usrah kena amek kurma utk diagihkan kepada ahli usrah masing2..... bila jew time azan berkumandang, ktrg pown makan kurma (yela, sebab kurma jew yang diberi) pastu sesape yang nak minum air pergi la dewan makan. nak dijadikan cerita, tgh time2 minum, datanglah ajk musytaq sibuk suwo ktrg naik musolla tok solat maghrib. dah tue siap kira 1-10 lagi. jijik siot. tau la ktrg nk solat maghrib. xpayah suwo pown ktrg wat. nak menyibuk jew. tau x ktrg haus. pastu yang lbih wat aq rase naik menyampah, ada ke patut dye suwo acik dewan makan simpan cawan sampai habis solat maghrib (sebab ktrg makan berat pas solat maghrib). mmg wat hangin jew. xkn nk minum sikit pown xley? nk bg ada owg mmps dulu baru la sedar. huhu!



MASA BERBUKA - SEBELUM ISYAK

masa berbuka mmg waktu yang menyeronokkan. memanglah, dah seharian menahan lapar dan dahaga. lepas solat maghrib dan solat ba'diah, kitrg pown tros la pegi dewan makan. cara kitorang berbuka puasa adalah makan kurma dulu pastu solat maghrib and then baru la makan makanan berat. kitorg makan bukan dengan pinggan tapi talam. 1 talam kongsi dengan 4 orang. makan dengan talam memang  best,. dapat merapatkan ukhuwah (ceh). tapi kan, bila makan dengan talam, kita bley tau dye nie pelahap ke, tamak ke, yela, makan 1 talam kongsi 4 owg, mne cukup.. (padahal terlbey cukup)... huhu. nak tau pe yang seronok makan bersila dan makan gne talam? bley usha dak akhowat... (astaghfirullah)... bukan aq la tapi ada la bbrp kawan aq yg ske dok bahagian depan2 sbb nk usha... bukan aq sangka buruk key tapi drg sendiri yang cakap. normal la kan. xkn nk usha laki kowt. gay plak. tapi kita pown kenalah menundukkan pandangan. bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. nnt x psl2 hati kita lalai daripada mengingatiNya sebab mengingatkan org yang belum pasti. nauzubillah..... pas habis makan, ada kawan2 aq yang lepak2 kat luar makan, mengaji kat musolla, merayap dll. tapi aq duduk kat musolla ngaji... bukan nak tunjuk rajin tapi aq nak kejar muqarrar. sepatutnya tahun nie khatam al-quran tapi ape nak wat, nasi dah jadi bubur. so aq kenalah rajin lbey cket....


LEPAS ISYAK - TIDO

lepas isyak macam biasalah, solat terawih. kitorang wat terawih 8 rakaat. 1 rakaat baca setengah muka. tapi kalo yang jadi imam jenis yang baca tahap kura-kura, mmg aq ske sangattt! ktrg habis terawih termasuk witir 3 rakaat lbey kurang dalam pukul 9.45 minit malam. pas habis terawih, aq ngaji(kadang2) tapi aq lbey banyak berborak dgn kwn2 la. pastu dlm pukul 10.20 kena kumpul kat depan untuk baca surah mulk. tapi kadang wat aq palat, ada la mcm owg2 yg bertgggjwb uruskan bab2 mulk nie membebel sebelum baca mulk, jadi, ktrg lewat la turun mkn supper @ moreh.  pastu ada la bbrp owg nie membebel gak pas baca mulk. jadi ktrg turun dlm pukul 10.40. 10 minit dihabiskan utk dgr dgr berleter. suwo kitrg jangan main2 mase baca mulk la, suwo senyap la, kalo bacaan mulk dah start, taula drg2 diam. xyah disuruh pown. kalo dorg nie ikhlas wat keja, xkn kitorg nk boikot2 sume. nie x, asyik nak menggedik depan ustaz. konon prihatin, wat baik depan ustaz, berlakon jew keja. dah la ske burukkan owg dpn ustaz smpi ustaz2 pndg serong kat kami2 nie. dasar talam. dahla perepot tegar. balachi teragung. huh! (banyak lagi yg aq x puas aty tapi simpan dulu.... chill2. tgh pose lagi neyh). pas habis baca mulk, ktrg pown turun mkn. skunk nie moreh dah x sedap, asyik makan roti - biskut - kuih. mne nak kenyang. tapi syukur je la. dapat gak makan walaupown mke ktrg sume pown nk jd cam rupa kuih dh. pas makan moreh yang sangat SEDAP dan    KENYANG tue, aq pown naikla bilik and siap2 utk tdo........................... 


END OF STORY


nie la cerita aq sepanjang berpuasa di hostel... penuh ske dan duka. penuh sensasi dan kontroversi.. cewah! hmm, ok la. sampai di sini sahajalah aq punye catatn utk bulan Ramadhan nie. akhir kalam, selamat menyambut hari raya aidilfitri. maafkan segala salah dan silap. kepada yang blek kg jauh2 tue, semoga selamat pergi dan selamat pulang. ada masa, aq akan wat catatan pasal hari raye plak.... ok salam lebaran :D







No comments:

Post a Comment