cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 5 October 2012

bahana mengumpat.........

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

harapnya sume sihat sejahtera dan sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T...

kali nie aq nak post something yang harapnya bila korang baca dapat memberikan korang kesedaran dan jadikan ianya sebagai pengajaran....





BAHANA MENGUMPAT

first of all, marilah kita sama2 mengetahui apa itu mengumpat sebenarnya.
Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda baginda bermaksud “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan. Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya..Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.


WARNING! Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.”Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.


Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. “wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allahakan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri” (Hadis Riwayat Abu Daud)
 
 
 
Allah S.W.T juga berfirman :"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
 
alangkah kejinya mengumpat seperti diumpamakan sebagai memakan daging saudaranya yang telah mati. oleh itu, perbuatan mengumpat ini hendaklah dijauhkan dan dielakkan sama sekali...
 
 
 p/s: mesti kowg pelik kan kenapa post aq kali nie macam alim cket? sebabnya adalah telah berlakunya ke atas aq sebuah insiden yang aq akan ingat sampai mati... something yang kalau aq kongsi kat sini pown aq xtau cmne nak tulis.... err,, just bayang pasal kejadian yang memalukan@mengaibkanla.... walaupown ada hikmahnya tapi skunk nie masih samar-samar lagi...
just think + rite? Allah is always with us! xkisah la aq jadi kambing hitam, asalkan sume dapat pengajaran daripada ape yang berlaku..

sekian,, wassalam.............


 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment