cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 26 October 2012

forgive & forget.....


assalamualaikum dan salam eidul adha...

kali nie aq bukannya nak post pasal eidul adha sebabnya aq rase korg sume dah sedia maklum tentang peristiwa kenapa, mengapa, bagaimana dan apa sebabnya kita sebgai umat islam menyambut perayaan ini!

kali nie aq nak post mengenai forgive & forget di mana dalam bahasa melayu disebut sebagai memaafkan dan melupakan. aq rase kebanyakan korg @ semua org pernah mengalami di mana hati  disakiti dan dilukai. x kisah la pakwe ke, makwe ke, kawan ke, yang wat kita rase benci teramat kat dorg di mana sikap dorg yang selalu menyakitkan hati kita sampai satu tahap yang kita memang 100% benci gler kat dye! persoalannya, bley ke kita, orang yang disakiti hatinya melupakan aje perbuatan dorg dan mengamalkan konsep forgive dan forget???

sebenarnya, dalam islam sendiri menganjurkan supaya memaafkan dan berlapang dada. ada hadis dan ayat al-quran yang menganjurkan supaya sentiasa memberi maaf dan berlapang dada.


"wahai uqbah,, mahukah engkau aq beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? iaitu, menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu"
(Hadis Riwayat Hakim)
Pemaaf adalah sikap suka memberi maaf terhadap kesalahan orang lain tanpa ada sedikit pun rasa benci dan dendam di hati. Sifat pemaaf adalah salah satu manifestasi daripada ketakwaan kepada Allah.
Sebagaimana firman-Nya,
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
(Ali Imran 3:133-134)
Islam mengajar umatnya untuk bersikap pemaaf dan suka memaafkan kesalahan orang lain tanpa menunggu permohonan maaf daripada orang yang berbuat salah kepadanya. Tidak ditemui satu ayat yang menganjurkan untuk meminta maaf, tetapi yang ada ialah perintah untuk memberi maaf.
Ada kalanya seseorang berbuat salah dan menyedari kesalahannya serta berniat untuk meminta maaf, namun ia terhalang oleh hambatan psikologi untuk menyampaikan permintaan maaf. Apatah lagi jika orang itu merasa status sosialnya lebih tinggi daripada orang yang akan diminta maafnya. Contohnya seorang pemimpin kepada orang yang dia pimpin, orang tua kepada anaknya, atau yang lebih tua kepada yang lebih muda. Barangkali, itulah salah satu hikmah kenapa Allah memerintahkan kita untuk memberi maaf sebelum diminta maaf itu.
Memberi maaf haruslah disertai dengan ketulusan hati dan berlapang dada, sehingga tidak tersisa rasa dendam atau keinginan untuk membalasnya. Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 22:
“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Berlapang dada dalam bahasa Arab disebut as-safhu yang secara etimologinya bererti lapang. Halaman pada buku dinamai safhah kerana kelapangan dan keluasannya. Dari sini as-safhu dapat diertikan sebagai kelapangan dada. Berjabat tangan dinamai musafahah, kerana melakukannya bererti berkelapangan dada.
Diibaratkan kita tersalah sewaktu menulis di sebuah lembaran kertas, kesalahan itu kita padam dengan alat pemadam. Dengan apapun kita menghapusnya, tentu akan meninggalkan kesan, bahkan barangkali kertas tersebut menjadi robek.
Justeru, supaya lebih bersih dan rapi, kertas yang terdapat kesalahan tulisan padanya itu diganti saja dengan lembaran yang baru. Memaafi diibaratkan menghapus kesalahan pada kertas, sedangkan berlapang dada diibaratkan mengganti lembaran kertas yang salah dengan lembaran yang baru.
hmm,, aq rase sampai sini je la kowt. aq ada banyak lagi kerja nak wat tambah-tambah lagi exam nak dekat. ok salam....  
(doakan aq agar dapat ,menjawab peperiksaan dengan cemerlang).....

2 comments:

  1. forgive tu boleh la..forget tu agak susah sket
    ==''

    ReplyDelete
  2. hmm,, tau xpe.. aq pown sedang cuba gak wat. tapi aq terbalik, forget tue ley tapi xley forgive

    ReplyDelete