cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 16 May 2015

Kisah di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) Part 2

Pergi ke Starbucks membeli coffee,
Assalamualaikum salam diberi.




Setelah hampir 3 minggu menternak lemak kat rumah ni, baru teringat nak sambung entry kat KMNS part 2. Well, sebagai penganggur berhormat, takde kerja yang dibuat selain buat benda wajib, makan, tido, makan, tido, (ulang sampai mampus), hangout ngan kengkawan and so on la. Mestilah korang tau, takkanlah tak pernah jadi penganggur kot.. Hehe...


4:15 pm 28/4/2015 secara rasminya aq menjadi alumni KMNS. Jangan ditanya kenapa aq ada exact time and date tu, sebabnya betul2 time nak keluar pagar matrik tu aq terus tengok jam. Haha.... Perasaan time dah habis matrik? Firstly mestilah korang akan rasa segala bebanan kat kepala korang tu hilang serta merta. Rasa tenang aman damai harmoni sume lah. Secondly of course perasaan sedih yang akan menyelubungi korang. Yelah, nak tinggalakan roommate yang korang hadap almost one year gila tak sedih. Pastu nak tinggalkan kawan2 sepraktikum, searas, seblok, sepersatuan lagi. Dahla sume duduk jauh2. Utara selatan timur barat sume ada. Kemungkinan untuk jumpa balik tu memang agak kureng la. Tapi thanks to teknologi, ada wassap instagram, facebook, twittwer, wechat and segala benda lagi tu, kurangla rasa rindu kat kengkawan tu. okay then, korang tengoklah gambar2 kat bawah ni. Daripada korang mati kebosanan baca blog aq ni, (kalau baca lah), tengok jelah gambar2 okay :))




Btw, sume gambar2 ni berlaku sem 2.






wefie lepas habis merentas desa.









gambar2 atas ni plak time kitorang pegi Ulu Bendul. Kawasan wajib pergi kalau masuk KMNs tau. dalam 30-40 minit dari matrik. Kalau rase tension ke hape bolehla relaks2 kat sini mandi manda. 









yang ni pula time kitorang pergi jalan2 dekat melaka. Time minggu balik bermalam, kitorang pergi la Melaka since dekat tu je yang dekat. Haha. 1 jam dari matrik. Btw, kitorang pergi dengan naik kereta sewa. RM100 for one day. Viva la. kalau myvi or avanza harga mahal lagi.










Gambar time last kelas koko and last kelas hoki. Nanti koko korang punya kelas dapatlah sukan ke hape ke ikut nasib la. takleh pilih2. huhu. Macam kitorang dapat hoki. Tapi okay aje. Belajar benda baru is fun rite.








Gambar last kuliah before study week for final exam sem 2. Serius time ni sedih. 









And... ni adalah gambar last. 2 days before keluar matrik. Yang penting, sebelum korang keluar matrik nanti wajib tau bergambar kat 'wall of fame KMNS' yakni kat tempat bata merah tu. Tak tau pasal ape tapi memang tempat tu famous tuk bergambar. And yes, kat sini pun ada gymnasium. So kalau nak sado rajinla datang ye,





okay, sekian sahaja pengalaman aq kat matrik selama hampir setahun. Best sumpah tak tipu walaupun mula2 susah gak nak adapt ngan jadual yang pack. Lama2 biasa dah. Siapa kata masuk matrik xde life? aq sempat je tengok movie running man bagai, Yang penting kena pandai bahagi masa, tutorial wajib buat, kalau xfaham certain topic, terus pegi tanya jangan tangguh2. Last but not least, jangan terperangkap dengan kontrak cinta setahun. Parents korang hantar suruh pi belajaq bukan couole ke bercinta tau. Lastly, Welcome to KMNS, Kami Menjana Nilai & Skor.



-tamat-

8 comments:

  1. Salam..Nk tnya..Laptop perlu bawa ke? Takut kalau bawak hilang susah...Byk assignment pkai laptop ke? Barang apa yang x boleh bawak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. nak kata perlu bawak tak jugak. In fact, bawak laptop pun untuk tengok movie je. Tapi kalau nak bawak, jangan bawak time2 orientasi. dalam bebrapa minggu kat sana baru bawak. Kenal dulu roommate macam mana. Awal2 semester xguna pun. Semester 2 baru la guna laptop. barang yg tak boleh bawak iron, heater, (cerek and iron dah disediakan). rokok memang haram tuk dibawa, pastu seluar jeans. Rasenya tu je.

      Delete
    2. Ohh..sem 2 mmg ade assignment pkai laptop ke?

      Delete
    3. sem 2 sebab ada project and research untuk subjek BI. Subjek2 lain memang jarang la ataupun xguna laptop langsung. Assignment guna kertas aje....

      Delete
  2. Salam , kalau masa pendaftaran masuk , masa yang paling sesuai yang tak ramai sangat orang bila ? Pagi , tengah hari or petang

    ReplyDelete
  3. Salam , kalau masa pendaftaran masuk , masa yang paling sesuai yang tak ramai sangat orang bila ? Pagi , tengah hari or petang

    ReplyDelete
  4. Hai, kereta sewa tu dpt dari mana?? Ada number or contact dia tak?

    ReplyDelete