cinta yang utama adalah cinta kepada Allah...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 14 May 2014

Kehilangan seorang SAHABAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera . . . 

Sungguh, hati ini terasa sayu, hiba serta dukacita kerana telah dimaklumkan bahawa salah seorang sahabat maahad bernama Abdurrahim Bin Abdul samad telah pun meninggal dunia akibat accident motosikal. Serius gila time dengar khabar ini dekat group whats app ikhwah, ingatkan dorang sume nak main bang bang boom ke ape. tapi setelah tahu kejadian sebenar, terus rasa hiba dan aq menangis. Yes, MENANGIS!  Then aku lihat ramai la kawan2 update dekat moment, facebook dan twitter. Kehilangan seperti ini memang kami semua tidak jangka. Lagi 2 minggu semua akan melanjutkan pelajaran. Rahim pulak dapat tawaran ke kolej matrikulasi kedah dan UPM. 


Kehilangan Rahim amat dirasai oleh kami semua terutama pelajar ikhwah. Perangai dia yang happy go lucky, tak pernah marah, cool, suka buat lawak, memang membuatkan dia disenangi. And dia jugak salah seorang yang suka carik pasal ngan aq. Tapi bukan carik pasal yang gaduh2. Dia cuma suka menyakat, kacau, makan makanan asrama aq, dll. Tapi seriously aq tak amek hati pun. Aq juga telah menghalalkan segala-galanya. Dia takde ape2 hutang pun dengan aq. 


Last time aq jumpa dia adalah pada 25/4 bersamaan hari sabtu. Time ni kami sama2 ada ujian JPJ. Masa tu jugak dia sempat sakat aq bagai. kalaulah aq tahu dia akan pergi seawal ini...... tapi ajal maut ditangan Allah. tak kira tua atau muda. 


Okay, serba sedikit tentang Rahim yang aq kenal. Aq kenal dia time form 1 and dia pun sebilik ngan aq masa form 1 iaitu B2:3. Dia seorang yang pandai. And yang paling aq ingat pasal dia, hobi dia kalau time seminar ke ceramah ke mesti tido. Dari form 1 sampai form 5 perangai tu masih sama je. Aq sekelas dengan dia selama 3 tahun, 2 kathir, 3 kathir, dan 4 kathir. Time form 4 plak rahim ni selalu menyelit dekat tempat tido aku sebab tempat aq sejuk. Bila teringat balik rasa macam nak nangis. Allahu. Result PMR and SPM dia sama dengan aq. 


Penghias bicara, sungguh, kehilanganmu Rahim membuatkan kami, Batch pertama Mitst Klang, GQ1, terasa amat kehilangan. Kita bersama-sama dari form 1 sampai form 5, daripada kanak2 riang menjadi remaja seterusnya dewasa. kenangan bersamamu tidak akan kami lupakan sama sekali. Semoga ukhuwah kita berkekalan dan semoga kami dapat berjumpa denganmu di syurga sana insyaAllah.



* waktu menulis entry ni pun air mataku tak berhenti mengalir. Semoga rohmu tenang di sana.*

No comments:

Post a Comment